VERSI BAHASA
POLISI & NOTIS PRIVASI
1. PENDAHULUAN
1.1 PLUS komited untuk menjaga kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi yang dibekalkan oleh subjek data. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP"), Polisi & Notis Privasi ini bertujuan untuk menggariskan cara PLUS menangani dan memproses data peribadi subjek data dan pilihan yang tersedia untuk subjek data bagi memperbetulkan, mengakses atau menghadkan akses PLUS kepada Data Peribadi subjek data.
1.2 Dengan mendaftarkan akaun, memberikan maklumat peribadi, mengunjungi platform dalam talian dan/atau mengakses perkhidmatan yang disediakan oleh PLUS, subjek data dengan ini memberikan persetujuan kepada PLUS untuk mengumpul, mengguna, mendedahkan dan memproses maklumat peribadi subjek data seperti yang diperuntukkan di bawah Polisi & Notis Privasi ini.
1.3 Subjek data dengan ini memahami dan bersetuju bahawa Data Peribadi subjek data boleh dipindah, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain dari di Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Polisi & Notis Privasi ini atau di mana-mana lokasi pelayan (“server”) kami yang berada di luar Malaysia.
1.4 Tujuan Polisi & Notis Privasi ini adalah untuk memenuhi keperluan – keperluan di bawah APDP.
1.5 Polisi & Notis Privasi ini didokong oleh empat (4) Notis Privasi bagi kumpulan subjek data yang berbeza. Sila rujuk Notis Privasi yang berkaitan dengan anda di bawah:
2. DEFINISI
2.1. APDP
bermaksud Akta Perlindungan Data Peribadi [Akta 709] termasuk mana-mana peraturan, garis panduan dan standard yang boleh dipinda pada bila-bila masa;
2.2. Data Peribadi
bermaksud sebarang maklumat peribadi yang diberikan oleh subjek data kepada PLUS atau tersedia untuk PLUS melalui transaksi perniagaan / kontrak / permohonan untuk pekerjaan, kontrak, program atau produk di bawah PLUS, yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan subjek data, yang dapat dikenal pasti dari maklumat tersebut, termasuk sebarang Data Peribadi Sensitif;
2.3. Data Peribadi Sensitif
bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau data peribadi lain yang ditentukan oleh undang-undang;
2.4. Polisi Privasi
bermaksud Polisi &Notis Privasi ini;
2.5. GPS
bermaksud Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System);
2.6. Individu Lain
bermaksud mana-mana orang yang bukan Pelanggan, Rakan Niaga, Vendor, Pemohon Pekerjaan, atau Personel PLUS, termasuk komuniti jajaran lebuhraya (fence-line community);
2.7. Komuniti jajaran lebuhraya
Bermaksud komuniti di sepanjang jajaran lebuhraya PLUS dalam lingkungan 30km atau apa-apa parameter lain yang ditentukan oleh PLUS;
2.8. KP
bermaksud Kad Pengenalan;
2.9. Laman Pihak Ketiga
bermaksud laman web dan / atau aplikasi yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat atau organisasi lain;
2.10. Personel
bermaksud mana-mana individu yang telah memeterai perjanjian pekerjaan dengan PLUS, mana-mana individu yang merupakan pekerja sementara atau di bawah mana-mana program latihan dan ahli Lembaga Pengarah PLUS (termasuk eksekutif dan bukan eksekutif);
2.11. Pelanggan
bermaksud pelanggan PLUSMiles, PLUSTrack dan pelanggan-pelanggan lain yang memberikan Data Peribadi kepada PLUS.
2.12. PLUS
bermaksud PLUS Malaysia Berhad (No. Syarikat 201001039714 (923639-A)) dan syarikat berkaitan, bersekutu atau gabungan, termasuk entiti dalam Kumpulan Syarikat PLUS seperti Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (“PLUS Berhad”), Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd., Teras Teknologi Sdn. Bhd, Teras Control Systems Sdn. Bhd., Terra PLUS Sdn. Bhd. dan Zoom Interactive Sdn. Bhd.
2.13. PLUSMiles
bermaksud program ganjaran oleh PLUS Berhad untuk memberi ganjaran kepada Pelanggan PLUS yang menggunakan lebuhraya PLUS;
2.14. PLUSTrack
bermaksud kad elektronik prabayar untuk Pelanggan berkumpulan (“fleet”) di bawah program PLUSTrack oleh PLUS Berhad;
2.15. Pemohon Pekerjaan
bermaksud mana-mana individu yang telah memohon kepada PLUS untuk sebarang jawatan termasuk jawatan tetap dan sementara dan mana-mana program latihan;
2.16. Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa
bermaksud kontraktor, ejen, pembekal pihak ketiga atau pembekal perkhidmatan seperti penyedia insurans, broker insurans, juruaudit, peguam, perunding dan penyedia perkhidmatan lain yang memasuki perjanjian dengan PLUS.
2.17. Platform atas talian
bermaksud sebarang perkhidmatan digital yang disediakan oleh PLUS melalui laman web atau aplikasi mudah alih;
2.18. Rakan Niaga
bermaksud pemohon dan rakan niaga, yang tetap atau sementara seperti pengendali gerai, penjaja bergerak, pembina pihak ketiga dan lain-lain jenis rakan niaga yang telah memeterai kontrak dengan PLUS;
2.19. Subjek Data
bermaksud individu yang menjadi subjek Data Peribadi itu;
2.20. Servis
bermaksud sebarang komunikasi, maklumat, produk atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh PLUS kepada subjek data;
2.21. TNG
bermaksud Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (No. Syarikat. 199601034048 (406400-X));
2.22. TNG RFID
bermaksud sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat identifikasi frekuensi radio yang juga dikenali sebagai Tag TNG RFID untuk melepasi tol;
2.23. Tujuan-Tujuan
bermaksud tujuan-tujuan penggunaan data yang diperincikan dalam Perenggan 10 di dalam Polisi Privasi ini; dan
2.24. Vendor
bermaksud pemohon dan vendor yang sudah berdaftar dan memeterai kontrak dengan PLUS.
3. PENGAWASAN DAN PEMILIKAN
3.1 Ketua Jabatan Pematuhan & Jaminan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Polisi Privasi diurus, dikaji dan dikemaskini dengan cara yang sesuai.
3.2 Setiap Personel bertanggungjawab untuk mengikuti Polisi Privasi yang terkini dengan membaca dan memahami Polisi Privasi terlebih dahulu.
3.3 Semua subjek data perlu membaca Polisi Privasi ini apabila memberikan Data Peribadi kepada PLUS.
4. KHALAYAK
4.1 Polisi Privasi ini tergunapakai kepada PLUS termasuk semua Pelanggan, Rakan Niaga, Vendor, Pemohon Pekerjaan, Personel dan subjek-subjek data lain yang memberikan Data Peribadi mereka kepada PLUS.
5. SKOP
5.1. Polisi Privasi ini menyediakan panduan peringkat tinggi untuk memastikan PLUS menguruskan Data Peribadi secara holistik dengan mematuhi keperluan-keperluan di bawah APDP.
5.2. Untuk memaklumkan dan menimbulkan kesedaran kepada subjek data mengenai hak dan obligasi mereka di bawah Polisi Privasi.
5.3 Polisi Privasi ini akan tergunapakai dalam pengurusan Data Peribadi di dalam PLUS melalui enam (6) peringkat kitaran hidup data (pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, analisis, perkongsian dan pelupusan).
6. KENYATAAN POLISI
6.1 Polisi Privasi ini merangkumi tujuh (7) prinsip-prinsip di bawah APDP, iaitu prinsip am (persetujuan), notis dan pilihan, penzahiran, keselamatan, penyimpanan, integriti data dan akses secara menyeluruh dalam peruntukannya dan PLUS akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kepatuhannya dalam perkara yang sama.
6.2 PLUS hanya akan mengumpul dan memproses Data Peribadi yang diberi oleh subjek data dengan persetujuan mereka atau atas dasar undang-undang lain seperti yang dibenarkan oleh APDP.
6.3 PLUS tidak menjual atau sebaliknya menggunakan, memproses, merekod, menahan, menyimpan, berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi subjek data yang dikumpulkan oleh PLUS mengenai subjek data, kecuali seperti yang diperuntukan dalam Polisi Privasi ini atau sebaliknya sebagaimana yang telah didedahkan kepada subjek data pada masa maklumat peribadi dikumpulkan.
7. JENIS-JENIS DATA YANG DIKUMPUL
7.1. Pelanggan dan Individu Lain
PLUS boleh mengumpul Data Peribadi subjek data seperti nama, no. KP, jantina, maklumat perhubungan, nombor identifikasi PLUSMiles dan Touch 'n Go, maklumat kenderaan, maklumat plaza tol seperti pintu masuk dan keluar, bayaran tol dll. dan maklumat berkaitan tuntutan Pelanggan seperti maklumat perubatan, butiran bank, maklumat insurans dll. dan maklumat lain yang dirasakan perlu oleh PLUS.
Jenis data yang dikumpulkan untuk Pelanggan dan Individu Lain diperincikan di dalam Lampiran A: Notis Privasi untuk Pelanggan dan Individu Lain di dalam Polisi Privasi ini.
7.2. Vendor
PLUS boleh mengumpul Data Peribadi subjek data seperti maklumat perhubungan, maklumat perhubungan perniagaan, maklumat kewangan, maklumat pekerjaan, rekod perubatan dan maklumat lain yang dirasakan perlu oleh PLUS.
Jenis data yang dikumpulkan untuk Vendor diperincikan di dalam Lampiran B: Notis Privasi untuk Vendor di dalam Polisi Privasi ini.
7.3 Rakan Niaga
PLUS boleh mengumpul Data Peribadi subjek data seperti nama, no. KP, jantina, alamat, status perkahwinan, pekerjaan, maklumat rujukan, maklumat akaun bank, rekod penjualan/ pendapatan dan maklumat lain yang dirasakan perlu oleh PLUS.
Senarai jenis data yang dikumpulkan untuk Rakan Niaga diperincikan di dalam Lampiran C: Notis Privasi untuk Rakan Niaga di dalam Polisi Privasi ini.
7.4 Pemohon Pekerjaan dan Personel
PLUS boleh mengumpul Data Peribadi subjek data seperti nama, tarikh lahir, agama, bangsa, jantina, status perkahwinan, no. KP, maklumat latar belakang pendidikan, pengalaman kerja dan maklumat lain yang dirasakan perlu oleh PLUS.
Senarai jenis data yang dikumpulkan untuk Pemohon Pekerjaan dan Personel diperincikan di dalam Lampiran D: Notis Privasi untuk Pemohon Pekerjaan dan Personel di dalam Polisi Privasi ini
7.5 Sekiranya subjek data menolak untuk memberikan Data Peribadi seperti yang diminta oleh PLUS, menarik balik atau menghadkan persetujuannya untuk PLUS memproses Data Peribadi tersebut, PLUS tidak akan dapat memberikan subjek data sebahagian atau sepenuh manfaat dari program dan perkhidmatan PLUS, peluang pekerjaan, atau menjalinkan hubungan komersial sebagai Vendor atau Rakan Niaga di bawah PLUS.
8. DATA PERIBADI SENSITIF
8.1 Semasa permohonan bagi apa-apa pekerjaan, pekerjaan, tempoh menjadi pengarah atau kontrak sebagai Vendor atau Rakan Niaga, PLUS boleh memproses Data Peribadi Sensitif seperti kesihatan, agama dan salah laku (jika ada). Sekiranya subjek data secara sukarela memberikan maklumat tersebut, subjek data dengan ini memberikan persetujuan secara nyata untuk PLUS memproses maklumat tersebut untuk tujuan yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini.
8.2 PLUS juga boleh mendapatkan maklumat peribadi sensitif daripada pihak-pihak lain atas persetujuan secara nyata subjek data atau apabila ia dibenarkan oleh undang-undang.
9. SUMBER DATA
9.1 Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang disediakan secara langsung oleh subjek data kepada PLUS, PLUS boleh mengumpulkan Data Peribadi subjek data dari pelbagai sumber lain seperti:
a) apabila subjek data mengisi borang permohonan PLUS, borang pendaftaran atau borang-borang lain;
b) apabila subjek data memberikan PLUS sebarang pertanyaan, maklum balas, aduan atau tuntutan;
c) daripada sumber-sumber yang sedia ada untuk umum seperti direktori-direktori;
d) daripada interaksi subjek data dengan PLUS melalui halaman media sosial, seperti mengikuti, memberi komen, menyukai atau menghantar pesanan kepada PLUS di laman tersebut;
e) apabila subjek data berinteraksi dan berkomunikasi dengan PLUS pada sebarang acara, aktiviti atau melalui surat-menyurat;
f) apabila subjek data menggunakan kad Touch ‘N Go / RFID di plaza-plaza tol PLUS;
g) apabila subjek data melakukan transaksi melalui platform atas talian yang dimiliki oleh PLUS;
h) apabila subjek data memasuki peraduan atau mengambil bahagian dalam apa-apa tinjauan yang dianjurkan oleh PLUS;
i) dari pelbagai entiti atau bahagian PLUS serta syarikat berkaitan, bersekutu atau gabungan PLUS (ini termasuk entiti-entiti di dalam Kumpulan Syarikat PLUS);
j) daripada Rakan Niaga PLUS, termasuk dan tidak terhad kepada Touch ‘n Go Sdn. Bhd. dan TNG Digital Sdn. Bhd. seperti ketika subjek data mendaftar untuk Tag RFID TnG dan/ atau transaksi sistem pembayaran elektronik berasaskan akaun TnG (seperti Pay Direct);
k) dengan mengunjungi, berinteraksi dan berkomunikasi dengan PLUS dan menggunakan perkhidmatan di platform atas talian yang dimiliki oleh PLUS, Data Peribadi subjek data juga dapat dikumpulkan dari kuki, suar web, GPS dan kaedah teknikal lain yang boleh melibatkan penghantaran Data Peribadi sama ada secara langsung kepada PLUS atau kepada pihak lain yang diberi kuasa oleh PLUS untuk mengumpulkan maklumat bagi pihaknya.
9.2 Sumber data yang dinyatakan dalam Perenggan 9.1 di atas adalah tidak menyeluruh (non-exhaustive) dan boleh berubah sebagaimana yang dirasakan perlu oleh PLUS.
9.3 Platform atas talian yang dimiliki oleh PLUS boleh dihubungkan ke Laman Pihak Ketiga. Polisi Privasi ini tidak terpakai ke atas Laman Pihak Ketiga kerana laman tersebut adalah di luar kawalan PLUS. Sekiranya subjek data memilih untuk mengakses Laman Pihak Ketiga menggunakan pautan yang disediakan, pengendali laman tersebut boleh mengumpul maklumat peribadi subjek data. Subjek data perlu membaca dan memberikan persetujuan ke atas Polisi privasi Laman Pihak Ketiga sebelum menyerahkan sebarang maklumat peribadi. PLUS tidak akan bertanggungjawab di sisi undang-undang atau sebaliknya untuk aktiviti, polisi privasi atau tahap pematuhan privasi Laman Pihak Ketiga
10. TUJUAN PENGGUNAAN DATA
10.1 Pelanggan dan Individu Lain
PLUS boleh mengumpul Data Peribadi subjek data untuk tujuan seperti menilai dan memproses permohonan dan pendaftaran untuk program kesetiaan PLUS, untuk bayaran seperti zakat, untuk berkomunikasi dengan subjek data mengenai penebusan hadiah, untuk memenuhi kewajiban kontraknya kepada subjek data, untuk memproses tuntutan kemalangan daripada subjek data dan untuk tujuan pemasaran lain.
Senarai tujuan penggunaan data untuk Pelanggan dan Individu Lain diperincikan di dalam Lampiran A: Pemberitahuan Privasi untuk Pelanggan dan Individu Lain mengenai Polisi Privasi ini.
10.2 Vendor
PLUS boleh mengumpul Data Peribadi subjek data untuk tujuan seperti berkomunikasi dengan subjek data, memberikan perkhidmatan kepada subjek data, menjawab pertanyaan subjek data, memproses transaksi pembayaran subjek data, melakukan tinjauan pemasaran dan analisis trend dll.
Senarai tujuan penggunaan data untuk Vendor diperincikan di dalam Lampiran B: Notis Privasi untuk Vendor di dalam Polisi Privasi ini.
10.3 Rakan Niaga
PLUS boleh mengumpul Data Peribadi subjek data untuk tujuan seperti menilai permohonan subjek data sebagai Rakan Niaga, menjawab sebarang pertanyaan, memaklumkan tentang aduan Pelanggan, untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan oleh Rakan Niaga di sebarang platform atas talian yang dimiliki oleh PLUS, untuk membolehkan PLUS memantau, menganalisa semula dan memperbaiki produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PLUS, bagi memenuhi kewajiban kontrak PLUS dll.
Senarai tujuan penggunaan data untuk Rakan Niaga diperincikan di dalam Lampiran C: Notis Privasi untuk Rakan Niagadi dalam Polisi Privasi ini
10.4 Pemohon Pekerjaan dan Personel
PLUS boleh mengumpul Data Peribadi subjek data untuk tujuan seperti menilai permohonan pekerjaan subjek data, proses pengambilan, penilaian watak/ pemeriksaan kredit, untuk menilai kesesuaian subjek data untuk bekerja dengan PLUS, untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan, analisis statistik dll.
Senarai tujuan penggunaan data untuk Pemohon Pekerjaan dan Personel diperincikan di dalam Lampiran D: Notis Privasi untuk Pemohon Pekerjaan dan Personel di dalam Polisi Privasi ini.
10.5 Sekiranya subjek data tidak memberikan persetujuan kepada PLUS untuk memproses Data Peribadi subjek data bagi sebarang tujuan di bawah Polisi Privasi, sila maklumkan kepada pihak PLUS dengan menggunakan Maklumat Untuk Dihubungi seperti yang terdapat di dalam Perenggan 18 di bawah.
11. PENZAHIRAN DATA PERIBADI
11.1 Pelanggan dan Individu Lain
PLUS boleh mendedahkan Data Peribadi subjek data kepada syarikat yang berkaitan, bersekutu atau gabungan PLUS (ini termasuk entiti-entiti di dalam Kumpulan Syarikat PLUS), Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa, kepada Rakan Niaga, rakan setia, rakan pembayaran dan rakan kongsi yang lain, di mana produk dan perkhidmatan mereka mungkin menarik minat subjek data dll.
Senarai penzahiran pihak-pihak yang berkaitan dengan Data Peribadi Pelanggan dan Individu Lain diperincikan di dalam Lampiran A: Notis Privasi untuk Pelanggan dan Individu Lain di dalam Polisi Privasi ini
11.2 Vendor
PLUS boleh mendedahkan Data Peribadi subjek data kepada Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak PLUS.
Senarai penzahiran pihak-pihak berkaitan dengan Vendor diperincikan di dalam Lampiran B: Notis Privasi untuk Vendor di dalam Polisi Privasi ini
11.3 Rakan Niaga
PLUS boleh mendedahkan Data Peribadi subjek data kepada syarikat berkaitan, bersekutu atau gabungan (ini termasuk entiti di dalam Kumpulan Syarikat PLUS), Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa, mana-mana penerima serah hak, penerima hak milik (‘transferee’) peserta atau sub-peserta, yang sebenar atau dicadangkan, berkenaan hak atau perniagaan PLUS berhubungkait dengan perniagaan sebenarnya atau cadangan dll.
Senarai penzahiran pihak-pihak berkaitan dengan Rakan Niaga diperincikan di dalam Lampiran C: Notis Privasi untuk Rakan Niaga di dalam Polisi Privasi ini.
11.4 Pemohon Pekerjaan dan Personel
PLUS boleh mendedahkan Data Peribadi subjek data kepada Kumpulan Syarikat PLUS, entiti lain dalam PLUS dan Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa.
Senarai penzahiran pihak-pihak berkaitan dengan Pemohon Pekerjaan dan Personel diperincikan di dalam Lampiran D: Notis Privasi untuk Pemohon Pekerjaan dan Personel di dalam Polisi Privasi ini.
11.5 PLUS boleh mendedahkan maklumat peribadi subjek data jika diarahkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan suci hati, jika tindakan tersebut diperlukan untuk:
a) mematuhi sebarang keperluan daripada badan-badan Kerajaan, badan kawal selia atau agensi penguatkuasa undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
b) melindungi dan mempertahankan hak atau harta Kumpulan Syarikat PLUS dan penggunanya.
11.6 PLUS berkemungkinan menjual atau membeli syarikat, anak syarikat, atau unit perniagaan untuk terus mengembangkan perniagaannya. Dalam urus niaga tersebut, maklumat subjek data boleh didedahkan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam transaksi tersebut. Sekiranya subjek data, sebagai Personel, akan ditempatkan di entiti lain, maklumat subjek data akan dipindahkan kepada entiti tersebut.
12. HAK DAN PILIHAN
12.1 Subjek data boleh membuat pertanyaan, aduan, akses atau permintaan bagi pembetulan atau permintaan untuk PLUS mengehadkan pemprosesan data peribadi subjek data berkenaan dengan Tujuan Penggunaan Data seperti yang diperuntukkan di dalam Perenggan 10 di atas dengan menghubungi PLUS melalui Maklumat Untuk Dihubungi di dalam Perenggan 18 di bawah.
12.2 PLUS berhak untuk mengenakan bayaran untuk akses Data Peribadi subjek data dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang. Berkenaan dengan hak subjek data untuk mengakses dan/ atau membetulkan Data Peribadi subjek data, PLUS berhak untuk menolak permintaan subjek data untuk mengakses dan/ atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi subjek data atas alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, contohnya, apabila kesan menyediakan akses kepada subjek data adalah tidak sepadan dengan risiko privasi terhadap data subjek atau orang lain.
12.3 Apabila subjek data memilih untuk menghadkan hak PLUS untuk memproses Data Peribadi subjek data, subjek data boleh menghubungi PLUS secara bertulis dengan alamat e-mel yang disediakan dalam Perenggan 18 di bawah.
12.4 Sekiranya subjek data tidak mahu Data Peribadinya dikumpulkan melalui kuki atau GPS di platform atas talian, subjek data boleh menyahaktifkan kuki dengan melaraskan tetapan pelayar internetnya untuk melumpuhkan, menyekat atau menyahaktifkan kuki, dengan memadamkan sejarah semak imbas dan membersihkan cache dari pelayar internetnya.
12.5 Bagi Pemohon Pekerjaan, PLUS tidak akan memberikan kepada subjek data maklumat individu lain, termasuk dan tidak terhad kepada penilaian dan/ atau pandangan penemuduga atau penilai subjek data tersebut.
13. DATA PERIBADI DARIPADA SESEORANG DI BAWAH UMUR DAN ORANG LAIN
13.1 Sekiranya Data Peribadi seseorang di bawah umur (individu di bawah umur lapan belas (18) tahun) diberikan kepada PLUS, subjek data, sebagai ibu bapa atau penjaga sah mereka dengan ini memberikan persetujuan untuk pemprosesan Data Peribadi seseorang di bawah umur tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk diikat oleh Polisi Privasi ini dan bertanggungjawab ke atas tindakan seseorang di bawah umur tersebut.
13.2 Dalam sesetengah keadaan, subjek data boleh memberikan Data Peribadi yang berkaitan dengan orang lain seperti pasangannya, ahli keluarganya atau rakannya dan dalam keadaan sedemikian, subjek data mewakili dan menjamin bahawa subjek data telah diberi kuasa untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada PLUS dan subjek data telah memperolehi persetujuan mereka untuk pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi mereka mengikut cara yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini.
14. KESELAMATAN DATA
14.1 PLUS memastikan keselamatan Data Peribadi seperti berikut:
a) sistem kawalan keselamatan yang mencukupi dengan menggabungkan kawalan akses elektronik dan fizikal, teknologi firewall dan langkah keselamatan lain yang wajar untuk melindungi keselamatan dan privasi Data Peribadi subjek data;
b) Personel PLUS hanya mempunyai akses ke atas Data Peribadi subjek data berdasarkan "perlu tahu"; dan
c) memastikan Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa telah menerapkan langkah-langkah keselamatan yang boleh diterima oleh PLUS
15. PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN DATA PERIBADI
15.1 Pelanggan, Vendor dan Rakan Niaga
Data Peribadi yang dikumpulkan akan disimpan oleh PLUS selama tempoh yang dibenarkan/ diperlukan berdasarkan undang-undang Malaysia, yang mana boleh berlanjutan sehingga tempoh setelah penamatan hubungan kontrak subjek data dengan PLUS.
15.2 Pemohon Pekerjaan dan Personel
Maklumat subjek data akan disimpan untuk jangka masa yang wajar selari dengan undang-undang di Malaysia seperti berikut:
a) pemohon yang berjaya
Sekiranya subjek data berjaya dalam permohonannya, PLUS akan menyimpan maklumat subjek data selari dengan tempoh penyimpanannya.
b) pemohon yang tidak berjaya
Sekiranya permohonan subjek data tidak berjaya, PLUS akan menyimpan maklumat subjek data untuk jangka waktu yang dibenarkan berdasarkan undang-undang kecuali subjek data tersebut meminta agar maklumat tersebut dihapuskan dari sistem pengambilannya.
15.3 Sekiranya Data Peribadi tidak diperlukan lagi, Data Peribadi tersebut akan dilupuskan mengikut polisi dan prosedur PLUS yang berkaitan dengan pelupusan data PLUS melainkan undang-undang di Malaysia menghendaki data tersebut diarkibkan untuk kepentingan umum.
16. PENGUATKUASAAN
16.1 Pelanggaran Polisi Privasi ini oleh Personel PLUS akan meyebabkan akibat serius yang boleh mempengaruhi pekerjaan seseorang seperti tindakan tatatertib, hingga dan termasuk pemecatan.
16.2 Pelanggaran Polisi Privasi ini oleh Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil oleh PLUS.
17. PINDAAN SELANJUTNYA DAN PERTIKAIAN
17.1 PLUS berhak untuk mengemas kini dan/ atau meminda Polisi Privasi ini. Oleh yang demikian, subjek data berobligasi untuk membaca Polisi Privasi ini setiap kali subjek data ingin memberikan Data Peribadi kepada PLUS.
17.2 Sekiranya subjek data terus melanggan mana-mana program yang disediakan oleh PLUS atau terus memberikan PLUS Data Peribadi data subjek dalam apa-apa bentuk, contohnya, e-mel, panggilan telefon, surat-menyurat dll. subjek data akan dianggap telah menerima perubahan tersebut dalam Polisi Privasi ini.
17.3 Sekiranya terdapat perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dan bahasa lain, versi bahasa Inggeris akan mengatasi dan digunapakai.
18. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI
18.1 Sekiranya subjek data ingin membuat sebarang pertanyaan, aduan, akses atau permintaan pembetulan atau permintaan untuk PLUS mengehadkan pemprosesan Data Peribadi subjek data yang berkaitan dengan Tujuan Penggunaan Data seperti yang diperuntukkan di bawah Perenggan 10 di atas, sila hubungi kami di: -
Ketua Jabatan Pematuhan & Jaminan